Berkongsi walaupun sedikit.               cikgujalil

Salam digital

by jalilz on Jun.25, 2010, under Uncategorized

Podtech_Barrett_Malaysia_visit

 

“Ayah nak bersembang dengan mira tak, melalui internet ?” ( mira adalah cucu ayahanda ).

Saya masih ingat sewaktu bersekolah dulu ( di sebuah SBP ) dan kemudian di IPTA, setiap hujung bulan saya akan berutus surat kepada ayahanda dan bonda. Tujuannya adalah untuk bertanya khabar dan memohon sedikit wang saku. Selepas itu fasa menunggu balasan surat itu amat melemahkan. Setelah 2 minggu barulah surat dari ayah itu diterima. Ketika itu ( tahun 70an ) infrastruktur komunikasi sangatlah rendah. Itu adalah situasi dalam negara, bagaimana pula keadaannya jika kita berutus surat keluar negara. Sudah pasti masa yang diambil adalah berbulan.

Kini keadaannya sudah banyak berubah. Kemajuan ICT membolehkan komunikasi berlaku dengan lebih mudah, cepat dan murah. Selain daripada teks, suara dan video boleh dihantar dan diterima dengan mudah.

Pada cuti sekolah yang lepas, saya berkesempatan untuk balik ke kampung menziarahi kedua ibu bapa dan mertua. Saya telah memperkenalkan kepada mereka kecanggihan ICT dan internet, nyata sekali mereka begitu kagum dan sungguh berminat. Mereka berpeluang untuk bersembang panjang dan melihat sendiri wajah cucu mereka ( video conference ) yang sedang menuntut di luar negara. Apa komen mereka, puas dan terlerai sudah rindu terhadap cucu mereka yang sudah bertahun-tahun tidak bertemu. Selepas ini bolehlah mereka bersembang dengan anak-anak, kawan-kawan lama untuk mengisi kesunyian yang ada.

Skype , YM, Facebook, Flickr adalah beberapa gajet yang sangat sinonim dengan generasi baru, tapi sesuatu yang asing bagi yang sudah berumur. Maka adalah wajar sekali, jika generasi tua ini didedahkan dengan ICT bagi tujuan komunikasi. Sekiranya mereka mampu pergi lebih jauh lagi, apa salahnya kita ajarkan bagaimana untuk melayari internet, sudah tentu banyak lagi perkara yang boleh diterokai. Jadi, apakata kita hadiahkan mereka set PC berinternet pada Hari bapa atau hari ibu, Wallahualam.

2 Comments more...

Happy birthday to you

by jalilz on Apr.12, 2010, under Uncategorized

 OIFTAR_P1_jpg_full_380

“Happy birthday to you”, begitulah ucapan yang diterima melalui facebook dari rakan-rakan FB yang menyedari saya sudah melangkah ke usia 50 tahun. Syarikat Celcom juga menghantar mesej yang sama dengan menghadiahkan 50 sms percuma. Ada rakan yang bertanya, bila nak buat sambutan hari jadi?. Saya mula terfikir, perlukah kita membuat sambutan tersebut, sedangkan usia yang semakin meningkat seharusnya mengingatkan kita akan kematian. Setahun umur bertambah, semakin jauh kita dari tarikh kelahiran dan pada masa yang sama semakin dekat dengan tarikh kematian.
Ada masyarakat Melayu Islam kita menganjurkan majlis sambutan seperti yang dilakukan oleh orang barat, tiup lilin, menyanyi, potong kek dan pergaulan bebas lelaki perempuan. Adakah itu cara yang betul, atau kita terikut-ikut dengan budaya bukan Islam.
Menurut  tokoh dan sarjana Islam, Prof. Dr. Yusof al-Qardawi, menganggap bahawa menyambut hari lahir adalah suatu yang kurang tepat kerana kenapa harus disambut usia yang kian meningkat tua. Sambutan yang dibenarkan oleh Islam adalah, dengan mengadakan majlis kesyukuran, dengan mengajak orang makan dan lain-lain amalan kebajikan yang lain, dan tiada aktiviti-aktiviti maksiat dalamnya.
Ada yang bersusah payah semata-mata nak mengadakan majlis tersebut, panggil anak-anak jiran meraikan bersama. Walaupun hanya menjamu makanan, tapi unsur-unsur budaya barat telah mula ditanam disanubari anak-anak kecil itu sejak dari kecil lagi. Tidak hairanlah kalau anak-anak ini besar nanti ( khasnya waktu remaja ) akan menyertai majlis sambutan harijadi ini, malah akan bermasam muka jka ibubapa mereka tidak mengadakan sambutan tersebut untuk mereka.
Pernah satu hari, anak saya di tadika menyatakan sambutan harijadi akan di adakan di sekolahnya yang ditaja oleh seorang waris. Hati saya ragu, sambutan yang bagaimana akan dijalankan. Alhamdulilah, sambutan diadakan dengan bacaan doa, bernasyid memuji Allah dan jamuan makan ringkas. Wallahualam.
3 Comments more...

Ayam Penyet

by jalilz on Mar.21, 2010, under Uncategorized

penyet2

Alhamdulilah, syukur ke hadrat Allah, kami sekeluarga berkesempatan untuk melihat bumi Allah ‘negeri Sarawak’. Sebuah negeri yang unik dari segi kepelbagaian etnik suku kaumnya, budaya, cara hidup dan makanannya. Melayu Islam merupakan kumpulan populasi yang minoriti di sana, manakala bangsa Cina dan Dayak ( beragama Kristian ) adalah kumpulan majoriti.
Bagi saya yang pertama kali ke sana, mencari tempat makan yang halal dan toiyibah adalah satu masalah (kecuali ada guide yang nak tunjukkan tempat). Mereka yang ‘very particular’ tentang makanan halal ini dinasihatkan membawa mee segera atau makan biskut aje ( nak cari roti Gardenia pun tak ada). Bila kita kesesuatu restoren kita akan memerhatikan persekitarannya dan tokehnya, elok bertudung dan rupa Melayu Islam. Setelah memesan makanan, pekerja yang menghantar makanan berlainan pula rupanya. Ada lelaki yang berantai emas, bertindik, bertatoo, pekerja perempuan pula tidak bertudung, berseluar pendek dan kadang kala berpakaian seksi…pening. Kenapa ini boleh terjadi? Kebanyakan bangsa Dayak ( iban, bidayuh, orang ulu, dll ) adalah beragama Kristian atau agama asal mereka. Sekitar bandaraya Kuching, saya perhatikan lebih banyak gereja bersaiz besar berbanding bilangan masjid dan saiz yang kecil.
Salah satu menu yang popular di sini adalah ‘Nasi Ayam Penyet’ ( seperti dalam gambar ). Nasi putih yang dihidang bersama ayam goreng berempah, ulam-ulaman dan sambal. Memang sedap, lebih-lebih lagi ketika perut kosong dan harganya sekitar RM6.50 – RM8.00 satu set. Cara masakan dan hidangannya berubah-ubah mengikut versi masing-masing.
Saya menasihati kengkawan yang nak ke Sarawak, bila nak mencari tempat makan yang halal lagi suci, bertanyalah kepada yang lebih arif dan kita yakin akan pemahamannya tentang konsep halalan toyibah mengikut syariat Islam. Janganlah kita pakai hentam saja, asalkan ia milik orang Melayu Islam kita pun terus telan saja apa yang dihidang. Wallahualam.
1 Comment more...

Cerita lama juga….rokok.

by jalilz on Feb.22, 2010, under Uncategorized

 

07CRC071_-_No_Name_(Sumon_Wahed)
Hari ni perhimpunan pagi dikejutkan dengan leteran yang puistis dari Sir Zahanis . Jarang sekali Sir Z bersikap sedemikian, ( beliau terkenal dengan sikap yang ramah dan selalu senyum). Mungkin sejak memegang jawatan Ketua guru disiplin ni, apa yang terbuku dihati terpaksa diluahkan jua, demi kebaikan pelajar dan dirinya sendiri. Pelajar-pelajar masih tidak serik-serik dengan apa yang telah berlaku pada kawan-kawan yang sudah menerima hukuman kerana merokok. Adakah mereka jahil, keras kepala atau dah ketagih sehinggakan tidak boleh ditahan-tahan lagi. Saban kali kesemua warga smkpk telah diperingatkan tentang bahaya rokok dan hukum merokok dalam Islam, tapi masih tidak berkesan.
Bagi saya, perbuatan yang TAK CERDIK ini berlaku kerana mereka mempunyai mentaliti yang tidak cerdik juga….dengan lain perkatan = jahil. Adakah dengan merokok dapat:
  1. Menaikkan mertabat seseorang daripada seorang yang lekeh kepada lebih macho.
  2. Menjadikan seseorang yang kurang berjaya kepada yang lebih berwawasan.
  3. Menjadikan seseorang yang hodoh kepada yang lebih kacak.
  4. Menjadikan seseorang yang lembik kepada yang lebih kuat….
  5. Dan lain-lain andaian.
Tidak perlu saya bercoloteh panjang tentang keburukan rokok, semua orang tahu. Yang penting, pelajar-pelajar yang tidak lagi merokok ( yang cerdik ) bantulah rakan-rakan yang masih tidak sedar itu dengan menasihati mereka atau lebih baik lagi ‘inform’ Sir Z atau Insp Azizan. Sesungguhnya menjadi kewajipan semua muslim mengamalkan amalan ‘amar makruf nahi mungkar’ . Wallahualam.
1 Comment more...

Tersilapkah saya hari ini.

by jalilz on Feb.18, 2010, under Uncategorized

pakaian
Pada cuti Tahun Baru Cina yang lepas, saya berkesempatan untuk balik ke kampung untuk menziarahi kedua orang tua saya. Perjalanan yang lama dari Kepala Batas ke Port Dickson saya harungi jua, demi mencapai hasrat yang satu. Setibanya di PD, anak-anak saya meminta untuk ke pantai dengan alasan untuk menjamu selera. Kami pun bergerak ke arah warung-warung makanan yang banyak itu, dicelah orang ramai yang sedang menikmati keindahan pantai.
Pelik tapi benar, saya bertanyakan kepada isteri saya adakah saya tersilap hari ini. Hajat hendak ke pantai PD tapi sampai ke pantai Thailand. Anak-anak kehairanan dengan bicara saya tadi. Dalam ribuan pengunjung ke pantai PD itu, sudah tentu kebanyakannya adalah orang Melayu beragama Islam, kerana orang Cina sedang beraya di rumah. Hampir 50 % ( anggaran kasar je ) pemuda dan gadis Melayu ini berseluar pendek. Tiada segan silu lagi akan pakaian yang dikenakan, bahkan berbangga lagi dengan corak dan fesyen seluar yang dipakai. Adakah mereka ini sudah lupa akan asal usul mereka, adakah mereka tidak tahu akan hukum haram mendedah aurat, atau ingin menunjukkan keangkuhan dan kesombongan mereka terhadap hukum Allah. Terdapat juga keluarga yang ibu bapa mereka berpakaian menutup aurat, siap bertudung dan berkopiah lagiii, tapi anak dara mereka berseluar pendek dan berambut blonde. Sedih sungguh keadaan umat diakhir zaman ini.
Kami meneruskan pencarian warung makanan yang sesuai, “Masuk kak, abang. Macam-macam ada” teriak seorang pemilik warung. Setelah kami duduk, seorang makcik ( 40an ) datang untuk mengambil pesanan. Alangkah terperanjatnya kami, makcik ini pun berseluar pendek hawaian. Saya mengelengkan kepala, lalu berkata kepada isteri saya” memang kita tersilap pilih tempat hari ini”. Dalam hati saya berkata, adakah mereka ini benar-benar jahil atau arrogant, atau menggapkan Islam itu sebagai sebahagian dari budaya, bila perlu Ia dikuti, bila tak perlu tinggalkan aje. Tapi yang pasti mereka kekurangan ilmu yang hakiki, perlu disedarkan dan dibimbing oleh…..anda jawab sendiri.

 

3 Comments more...

Kemana perginya pelajar lelaki?

by jalilz on Jan.17, 2010, under Uncategorized

22158-Clipart-Illustration-Of-A-Yellow-Emoticon-Face-Smiling-And-Giving-The-Thumbs-UpAlhamdulilah, terima kasih kepada semua yang telah memberi komen kepada tulisan saya ( yang bertajuk di atas) samada ia berupa komen yang negatif atau positif. Tujuannya tiada lain, hanya untuk melihat umat Islam disekeliling saya terus maju dan tidak ditindas @ hanyut dibawa arus perubahan. TIADA GURU YANG MAHU MELIHAT ANAK MURIDNYA GAGAL. Kes di TUTUP.
1 Comment more...

Subhanallah, indahnya…..

by jalilz on Jan.09, 2010, under Uncategorized

kk

Waktu menunjukkan 6.00 pagi, kedinginan di Kundasang Sabah mengigit tubuh yang kesejukkan. Rakan-rakan saya yang lain samaada masih tidur atau menonton tv di bilik masing-masing. Saya tidak akan melepaskan peluang untuk menyaksikan dengan mata sendiri suasana matahari terbit dan seterusnya menyinari puncak gunung Kinabalu. Lama menunggu, akhirnya pada jam 6.30 pagi saat yang ditunggu itu pun tiba. Kabus tebal yang melitupi puncak sudah beransur berkurangan ditiup angin pergunungan. Subhanallah, indahnya pandangan ketika itu, saya bersyukur ke hadrat ilahi, kerana memberi kesempatan kepada saya untuk melihat sendiri satu kejadian dan ciptaan Allah yang maha besar.
 
Firman Allah:
Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.( al Hasyr – 21)
 Bukankah Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan, dan gunung-gunung  sebagai pasak? (An Naba’, 6-7)
Dalam keadaan tersebut, saya merasakan begitu kerdil dan lemahnya kita berbanding kejadian dan penciptaan Allah. Jadi, mengapakah kita sanggup mendabik dada dan sombong dengan sedikit harta dan pangkat yang kita ada. Semua yang kita miliki adalah pinjaman semata bagi kita gunakan untuk menuju ke alam yang lebih abadi, Allahuakhbar.
1 Comment more...

Sama tapi beza.

by jalilz on Jan.03, 2010, under Uncategorized

KIA_AirAsia_CheckIn

Akhir disember 2009, saya berpeluang untuk mengikuti lawatan ke Sabah bersama rakan-rakan sekolah. Ada yang pergi berpasangan dan ada yang membawa keluarga, saya pula secara solo. Suasana di LTA Bayan Lepas pagi itu sungguh ceria dan penuh excited terutama anak-anak kecil yang kebanyakannya baru pertama kali akan menaiki kapalterbang.
Sebaik saja masa untuk check in, suasana berubah menjadi panik, suram, sedih dan geram.Ketua rombongan menyatakan semua peserta diminta menunjukkan kad pengenalan masing-masing termasuk anak-anak kecil. Mereka diminta menyediakan kad mykid atau surat beranak. Tanpa dokumen tersebut, individu berkenaan tidak boleh check in dan ini bermaksud mereka tidak boleh naik pesawat. Dengan lain perkataan mereka terpaksa ditinggalkan bersama dengan ayah @ ibu masing-masing. Sudah ada anak-anak ini yang mula menangis, ayah lagi pening. Susana ceria tadi bertukar sedih. Ada keluarga yang mengambil keputusan untuk membatalkan saja penyertaan mereka walapun rugi, dan menganggapkan ini sebahagian ujian Allah yang sedikit. Kalau ada rezeki adalah peluang.
Dipendekkan cerita, hasil campurtangan pegawai tertinggi pihak berkuasa Penang dan Sabah ( masa sangat suntuk dan penuh suspen ), akhirnya anak-anak ini dibenarkan memasuki Sabah dengan syarat-syarat tertentu dan mengisi borang tertentu. Alhamdulilah.
Point yang hendak saya highlightkan adalah walaupun kita dalam satu negara Malaysia, masih ada lagi peraturan antara negeri yang berbeza dan menyusahkan rakyat, Wallahualam.
2 Comments more...

Azam tahun baru

by jalilz on Dec.23, 2009, under Uncategorized

azhar

Selamat menyambut Maal Hijrah @ 1 Muharam 1431 kepada semua yang sudi membaca blog ini. Setiap kali bila kita menyambut tahun baru hijrah/masehi kita akan ditanya, apakah azam tahun  baru anda. Pelbagai jawapan akan diberi, samaada sebagai seorang pelajar, pekerja, majikan, pengurus dan lain-lain. Perubahan tahun juga menandakan seseorang itu semakin meningkat umurnya dan bertambah kematangannya. Peningkatan usia juga menandakan semakin dekat seseorang itu kepada kematian. Sesungguhnya kematian itu satu kepastian.
Menurut seorang mualim, azam yang patut dibuat oleh seorang muslim yang sejati adalah adalah bercita-cita untuk MATI dalam keadaan Islam. Penghujung atau penghabisan hayat yang diiringi dengan keimanan dan tauhid kepada Allah aswj adalah sesuatu yang diidam-idamkan oleh semua insan yang beriman. Tiada apa yang lebih bermakna kepada seseorang yang bakal menempuhi saat-saat getir ketika sakaratul maut dan bekalan hari akhirat kecuali bekalan keimanan. Malang sungguh jika ketika hidup kita merupakan seorang yang kuat amalannya, tinggi keimanannya, tetapi diakhiri dengan kefasikan.
Satu lagi azam yang patut dibuat adalah bercita-cita untuk mengubah diri daripada yang kurang baik kepada yang lebih baik, daripada kurang pemurah kepada yang lebih pemurah, daripada yang kurang berakhlak kepada yang lebih berakhlak dll.
Selamat menyambut Maal Hijrah dan Tahun Baru, agar kita semua menjadi insan yang bertakwa, amin.
1 Comment more...

Talian kasih

by jalilz on Dec.17, 2009, under Uncategorized

ayah

Hari ini saya berkesempatan untuk menghubungkan talian kasih diantara 2 insan yang kedua-duanya yang sudah berumur dan dalam keadaan uzur. Ayahanda yang berumur 75 tahun (  sudah uzur ) ingin sangat berjumpa dengan adiknya yang berumur 73 tahun  yang sedang terlantar sakit dirumahnya. Difahamkan makcik saya ini mengidap penyakit ‘Sindrom Parkinson’ dan pemikiran yang bercelaru.
Ayah meminta saya membawanya ke KL ( rumah makcik ) kerana beliau tidak lagi mampu memandu kereta dalam jarak yang jauh.
Usaha yang kecil ini merupakan suatu hadiah yang besar kepada yang memerlukannya. Begitu juga dalam kehidupan kita seharian, perkara yang kita anggap kecil dan remeh mungkin menjadi suatu yang besar kepada orang lain. Jadi jangan lah kita segan dan malu untuk menyumbang sesuatu kepada orang lain kerana kita beranggapan ia suatu yang kecil @ murah, mana tahu ia mungkin dapat menyelamat nyawa atau akidah sekali pun. Wallahualam.
1 Comment more...

Looking for something?

Use the form below to search the site:

Still not finding what you're looking for? Drop a comment on a post or contact us so we can take care of it!