Berkongsi walaupun sedikit. cikgujalil

Antara kedai mamak dan 7 eleven.
Tulisan kali ini memang nak mencurahkan rasa geram dan mual terhadap segelintir manusia yang tak faham-faham atau sengaja nak tunjuk hebat bukan saja kepada manusia tapi juga kepada tuan punya dunia ini. Perkara yang saya maksudkan adalah fenomena membeli makanan ketika manusia muslimin seluruh dunia (bukan pekan kepala batas saja) sedang berpuasa, depa sibuk makan disiang hari…malu sungguh.

Kebetulan satu hari tu, saya dan anak saya melalui depan satu kedai mamak ni..( bukan dalam gambar di atas ), terperanjat besar melihatkan begitu ramai manusia sedang sibuk memilih dan membuat pesanan agar makanan  di bungkus dengan plastik hitam. “Ayah, depa tak puasa ke? Depa tak takut kat dosa ke? Depa tak takut Allah ke?” bertalu-talu soalan keluar dari anak kecil saya yang berumur 5 tahun tu. Pening saya nak menjawabnya. Hampir kesemuanya berhelmet, siap pakai visor lagi….nak lindung muka ,tapi ada juga yang selamba aje. Ada satu bapak tu, siap bawa 2 orang anak ( dah sekolah rendah pun ) membeli makanan dan keluar dari restoren dengan pantas menuju kereta, takut kena cekup. Apa nak jadi kepada kedua-dua kanak-kanak ini, ya…bapanya telah mengajar kepada mereka bahawa dibulan puasa kita boleh membeli makanan di kedai mamak dan bawa balik untuk dimakan.

Bagi golongan yang elit sikit ( tak mahu makan nasi mamak ) , 7 eleven pula jadi sasaran mereka. Penuh beg plastik  dengan roti , mee segera, biskut dan minuman ringan….tak malu langsung.

Malang sekali rasanya masyarakat melayu kita ni masih banyak lagi tidak sedar akan hakikat untuk menjadi seorang muslimin yang bertakwa…. Nak dikatakan jahil ada juga benarnya, tapi ia lebih kepada kedegilan dan kesombongan serta mentaliti umat yang sudah rosak dengan kebendaan. Kalau kita tanya depa semua, “nak masuk syurga tak?” Sudah pasti jawapannya YA. Esok bila tiba hari raya, golongan ini lah yang akan berhari raya sakan, keluar dari norma yang diajar oleh Rasulallah saw.  Tengok sajalah iklan TV yang mempromosikan program-program bagi menyambut hari raya… banyak sekali yang saya tidak berkenan. Adake depa suruh kita tengok tubuh-tubuh wanita yang tergedik-gedik tu…hanya setelah kita bermujahadah selama sebulan melawan hawa nafsu.

Anyway kepada semua kengkawan dan pembaca blog ini yang beriman dan berpuasa sepanjang bulan ramadhan ini, marilah kita bersama-sama berdoa agar segala amalan kita diterima Allah dan diberi petunjuk kepada jalan yang benar. Kesempatan ini juga saya mengucapkan selamat hari raya adil fitri , maaf zahir batin.

Berperang dengan nafsu.
Ramadhan kembali lagi, alhamdulilah Allah telah memanjangkan usia kita setahun lagi. Ramai sahabat kita yang tidak sempat bersama-sama pada ramadhan kali ini, namun Allah telah mengurniakan rahmatnya kepada kita semua yang masih hidup. Acap kali bila mula bulan ramadhan, kita akan ditanya apakah strategi atau perancangan yang kita akan sediakan bagi menghadapinya, ia bagaikan satu peperangan. Ya, peperangan yang tidak menggunakan senjata seperti apa yang berlaku di Palestin, malah ia lebih berat lagi. Kita akan berperang dengan nafsu sendiri, jika tidak dapat dikawal akan merosakkan kita fizikal dan rohani.

Nafsu makan yang tidak terkawal,akan menyebabkan kita sakit dengan ledakan makanan yang pelbagai punca, rasa, dan warna. Kebanjiran pasar-pasar ramadhan diseluruh negara bagaikan tidak dapat ditahan-tahan lagi, malah ada manusia yang sanggup bergaduh atau memberi rasuah semata-mata untuk mendapatkan tapak gerai. Kadangkala kelihatan sepuluh jari yang di beri Allah telah dipenuhi dengan tangkai beg plastik berisi pelbagai makanan, sampai nak genting jari tu. Walau apa pun situasi kita, samada lapar atau tersangat lapar, ruang untuk disumbat makanan itu masih tidak berubah. Berpuasa atau tidak berpuasa kapasiti perut masih lagi sama, jadi kenapa perlu diisi lebih?

Bila perut dah ‘full capasity’ maka akan timbul pula penyakit rohani. Malas melakukan apa saja kecuali tidur. Malang sungguh kepada meraka yang menghabiskan malam ramadhan pergi begitu saja tanpa pengisian yang sepatutnya. Kita kena berubah dari yang kurang baik kepada yang lebih baik. Sabda Nabi, “celakalah sesorang itu jika hari ini sama saja seperti hari kelmarin”. Jika dulu solat wajib pun tak pernah cukup, jadikan ramadhan ini permulaan bagi melengkapkan solat wajib. Jika dulu jarang ke masjid, sekarang jadikan habit untuk ke masjid. Banyak lagi perkara kebaikan yang boleh kita mulakan dengan kedatangan ramadhan ini, tapi yang paling penting ketika inilah kita mohon agar kita mendapat keredhaan, keampunan dan kerahmatan dan seterusnya syurga Allah. Wallahualam.

Salam digital
“Ayah nak bersembang dengan mira tak, melalui internet ?” ( mira adalah cucu ayahanda ).

Saya masih ingat sewaktu bersekolah dulu ( di sebuah SBP ) dan kemudian di IPTA, setiap hujung bulan saya akan berutus surat kepada ayahanda dan bonda. Tujuannya adalah untuk bertanya khabar dan memohon sedikit wang saku. Selepas itu fasa menunggu balasan surat itu amat melemahkan. Setelah 2 minggu barulah surat dari ayah itu diterima. Ketika itu ( tahun 70an ) infrastruktur komunikasi sangatlah rendah. Itu adalah situasi dalam negara, bagaimana pula keadaannya jika kita berutus surat keluar negara. Sudah pasti masa yang diambil adalah berbulan.

Kini keadaannya sudah banyak berubah. Kemajuan ICT membolehkan komunikasi berlaku dengan lebih mudah, cepat dan murah. Selain daripada teks, suara dan video boleh dihantar dan diterima dengan mudah.

Pada cuti sekolah yang lepas, saya berkesempatan untuk balik ke kampung menziarahi kedua ibu bapa dan mertua. Saya telah memperkenalkan kepada mereka kecanggihan ICT dan internet, nyata sekali mereka begitu kagum dan sungguh berminat. Mereka berpeluang untuk bersembang panjang dan melihat sendiri wajah cucu mereka ( video conference ) yang sedang menuntut di luar negara. Apa komen mereka, puas dan terlerai sudah rindu terhadap cucu mereka yang sudah bertahun-tahun tidak bertemu. Selepas ini bolehlah mereka bersembang dengan anak-anak, kawan-kawan lama untuk mengisi kesunyian yang ada.

Skype , YM, Facebook, Flickr adalah beberapa gajet yang sangat sinonim dengan generasi baru, tapi sesuatu yang asing bagi yang sudah berumur. Maka adalah wajar sekali, jika generasi tua ini didedahkan dengan ICT bagi tujuan komunikasi. Sekiranya mereka mampu pergi lebih jauh lagi, apa salahnya kita ajarkan bagaimana untuk melayari internet, sudah tentu banyak lagi perkara yang boleh diterokai. Jadi, apakata kita hadiahkan mereka set PC berinternet pada Hari bapa atau hari ibu, Wallahualam.

Happy birthday to you
“Happy birthday to you”, begitulah ucapan yang diterima melalui facebook dari rakan-rakan FB yang menyedari saya sudah melangkah ke usia 50 tahun. Syarikat Celcom juga menghantar mesej yang sama dengan menghadiahkan 50 sms percuma. Ada rakan yang bertanya, bila nak buat sambutan hari jadi?. Saya mula terfikir, perlukah kita membuat sambutan tersebut, sedangkan usia yang semakin meningkat seharusnya mengingatkan kita akan kematian. Setahun umur bertambah, semakin jauh kita dari tarikh kelahiran dan pada masa yang sama semakin dekat dengan tarikh kematian.

Ada masyarakat Melayu Islam kita menganjurkan majlis sambutan seperti yang dilakukan oleh orang barat, tiup lilin, menyanyi, potong kek dan pergaulan bebas lelaki perempuan. Adakah itu cara yang betul, atau kita terikut-ikut dengan budaya bukan Islam.

Menurut  tokoh dan sarjana Islam, Prof. Dr. Yusof al-Qardawi, menganggap bahawa menyambut hari lahir adalah suatu yang kurang tepat kerana kenapa harus disambut usia yang kian meningkat tua. Sambutan yang dibenarkan oleh Islam adalah, dengan mengadakan majlis kesyukuran, dengan mengajak orang makan dan lain-lain amalan kebajikan yang lain, dan tiada aktiviti-aktiviti maksiat dalamnya.

Ada yang bersusah payah semata-mata nak mengadakan majlis tersebut, panggil anak-anak jiran meraikan bersama. Walaupun hanya menjamu makanan, tapi unsur-unsur budaya barat telah mula ditanam disanubari anak-anak kecil itu sejak dari kecil lagi. Tidak hairanlah kalau anak-anak ini besar nanti ( khasnya waktu remaja ) akan menyertai majlis sambutan harijadi ini, malah akan bermasam muka jka ibubapa mereka tidak mengadakan sambutan tersebut untuk mereka.

Pernah satu hari, anak saya di tadika menyatakan sambutan harijadi akan di adakan di sekolahnya yang ditaja oleh seorang waris. Hati saya ragu, sambutan yang bagaimana akan dijalankan. Alhamdulilah, sambutan diadakan dengan bacaan doa, bernasyid memuji Allah dan jamuan makan ringkas. Wallahualam.

Ayam Penyet
Alhamdulilah, syukur ke hadrat Allah, kami sekeluarga berkesempatan untuk melihat bumi Allah ‘negeri Sarawak’. Sebuah negeri yang unik dari segi kepelbagaian etnik suku kaumnya, budaya, cara hidup dan makanannya. Melayu Islam merupakan kumpulan populasi yang minoriti di sana, manakala bangsa Cina dan Dayak ( beragama Kristian ) adalah kumpulan majoriti.

Bagi saya yang pertama kali ke sana, mencari tempat makan yang halal dan toiyibah adalah satu masalah (kecuali ada guide yang nak tunjukkan tempat). Mereka yang ‘very particular’ tentang makanan halal ini dinasihatkan membawa mee segera atau makan biskut aje ( nak cari roti Gardenia pun tak ada). Bila kita kesesuatu restoren kita akan memerhatikan persekitarannya dan tokehnya, elok bertudung dan rupa Melayu Islam. Setelah memesan makanan, pekerja yang menghantar makanan berlainan pula rupanya. Ada lelaki yang berantai emas, bertindik, bertatoo, pekerja perempuan pula tidak bertudung, berseluar pendek dan kadang kala berpakaian seksi…pening. Kenapa ini boleh terjadi? Kebanyakan bangsa Dayak ( iban, bidayuh, orang ulu, dll ) adalah beragama Kristian atau agama asal mereka. Sekitar bandaraya Kuching, saya perhatikan lebih banyak gereja bersaiz besar berbanding bilangan masjid dan saiz yang kecil.

Salah satu menu yang popular di sini adalah ‘Nasi Ayam Penyet’ ( seperti dalam gambar ). Nasi putih yang dihidang bersama ayam goreng berempah, ulam-ulaman dan sambal. Memang sedap, lebih-lebih lagi ketika perut kosong dan harganya sekitar RM6.50 – RM8.00 satu set. Cara masakan dan hidangannya berubah-ubah mengikut versi masing-masing.

Saya menasihati kengkawan yang nak ke Sarawak, bila nak mencari tempat makan yang halal lagi suci, bertanyalah kepada yang lebih arif dan kita yakin akan pemahamannya tentang konsep halalan toyibah mengikut syariat Islam. Janganlah kita pakai hentam saja, asalkan ia milik orang Melayu Islam kita pun terus telan saja apa yang dihidang. Wallahualam.

Cerita lama juga….rokok.
Hari ni perhimpunan pagi dikejutkan dengan leteran yang puistis dari Sir Zahanis . Jarang sekali Sir Z bersikap sedemikian, ( beliau terkenal dengan sikap yang ramah dan selalu senyum). Mungkin sejak memegang jawatan Ketua guru disiplin ni, apa yang terbuku dihati terpaksa diluahkan jua, demi kebaikan pelajar dan dirinya sendiri. Pelajar-pelajar masih tidak serik-serik dengan apa yang telah berlaku pada kawan-kawan yang sudah menerima hukuman kerana merokok. Adakah mereka jahil, keras kepala atau dah ketagih sehinggakan tidak boleh ditahan-tahan lagi. Saban kali kesemua warga smkpk telah diperingatkan tentang bahaya rokok dan hukum merokok dalam Islam, tapi masih tidak berkesan.

Bagi saya, perbuatan yang TAK CERDIK ini berlaku kerana mereka mempunyai mentaliti yang tidak cerdik juga….dengan lain perkatan = jahil. Adakah dengan merokok dapat:

Menaikkan mertabat seseorang daripada seorang yang lekeh kepada lebih macho.

Menjadikan seseorang yang kurang berjaya kepada yang lebih berwawasan.

Menjadikan seseorang yang hodoh kepada yang lebih kacak.

Menjadikan seseorang yang lembik kepada yang lebih kuat….

Dan lain-lain andaian.

Tidak perlu saya bercoloteh panjang tentang keburukan rokok, semua orang tahu. Yang penting, pelajar-pelajar yang tidak lagi merokok ( yang cerdik ) bantulah rakan-rakan yang masih tidak sedar itu dengan menasihati mereka atau lebih baik lagi ‘inform’ Sir Z atau Insp Azizan. Sesungguhnya menjadi kewajipan semua muslim mengamalkan amalan ‘amar makruf nahi mungkar’ . Wallahualam.

Tersilapkah saya hari ini.
Pada cuti Tahun Baru Cina yang lepas, saya berkesempatan untuk balik ke kampung untuk menziarahi kedua orang tua saya. Perjalanan yang lama dari Kepala Batas ke Port Dickson saya harungi jua, demi mencapai hasrat yang satu. Setibanya di PD, anak-anak saya meminta untuk ke pantai dengan alasan untuk menjamu selera. Kami pun bergerak ke arah warung-warung makanan yang banyak itu, dicelah orang ramai yang sedang menikmati keindahan pantai.

Pelik tapi benar, saya bertanyakan kepada isteri saya adakah saya tersilap hari ini. Hajat hendak ke pantai PD tapi sampai ke pantai Thailand. Anak-anak kehairanan dengan bicara saya tadi. Dalam ribuan pengunjung ke pantai PD itu, sudah tentu kebanyakannya adalah orang Melayu beragama Islam, kerana orang Cina sedang beraya di rumah. Hampir 50 % ( anggaran kasar je ) pemuda dan gadis Melayu ini berseluar pendek. Tiada segan silu lagi akan pakaian yang dikenakan, bahkan berbangga lagi dengan corak dan fesyen seluar yang dipakai. Adakah mereka ini sudah lupa akan asal usul mereka, adakah mereka tidak tahu akan hukum haram mendedah aurat, atau ingin menunjukkan keangkuhan dan kesombongan mereka terhadap hukum Allah. Terdapat juga keluarga yang ibu bapa mereka berpakaian menutup aurat, siap bertudung dan berkopiah lagiii, tapi anak dara mereka berseluar pendek dan berambut blonde. Sedih sungguh keadaan umat diakhir zaman ini.

Kami meneruskan pencarian warung makanan yang sesuai, “Masuk kak, abang. Macam-macam ada” teriak seorang pemilik warung. Setelah kami duduk, seorang makcik ( 40an ) datang untuk mengambil pesanan. Alangkah terperanjatnya kami, makcik ini pun berseluar pendek hawaian. Saya mengelengkan kepala, lalu berkata kepada isteri saya” memang kita tersilap pilih tempat hari ini”. Dalam hati saya berkata, adakah mereka ini benar-benar jahil atau arrogant, atau menggapkan Islam itu sebagai sebahagian dari budaya, bila perlu Ia dikuti, bila tak perlu tinggalkan aje. Tapi yang pasti mereka kekurangan ilmu yang hakiki, perlu disedarkan dan dibimbing oleh…..anda jawab sendiri.

Kemana perginya pelajar lelaki?
Alhamdulilah, terima kasih kepada semua yang telah memberi komen kepada tulisan saya ( yang bertajuk di atas) samada ia berupa komen yang negatif atau positif. Tujuannya tiada lain, hanya untuk melihat umat Islam disekeliling saya terus maju dan tidak ditindas @ hanyut dibawa arus perubahan. TIADA GURU YANG MAHU MELIHAT ANAK MURIDNYA GAGAL. Kes di TUTUP.

Subhanallah, indahnya…..
Waktu menunjukkan 6.00 pagi, kedinginan di Kundasang Sabah mengigit tubuh yang kesejukkan. Rakan-rakan saya yang lain samaada masih tidur atau menonton tv di bilik masing-masing. Saya tidak akan melepaskan peluang untuk menyaksikan dengan mata sendiri suasana matahari terbit dan seterusnya menyinari puncak gunung Kinabalu. Lama menunggu, akhirnya pada jam 6.30 pagi saat yang ditunggu itu pun tiba. Kabus tebal yang melitupi puncak sudah beransur berkurangan ditiup angin pergunungan. Subhanallah, indahnya pandangan ketika itu, saya bersyukur ke hadrat ilahi, kerana memberi kesempatan kepada saya untuk melihat sendiri satu kejadian dan ciptaan Allah yang maha besar.

Firman Allah:

Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.( al Hasyr – 21)

Bukankah Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan, dan gunung-gunung  sebagai pasak? (An Naba’, 6-7)

Dalam keadaan tersebut, saya merasakan begitu kerdil dan lemahnya kita berbanding kejadian dan penciptaan Allah. Jadi, mengapakah kita sanggup mendabik dada dan sombong dengan sedikit harta dan pangkat yang kita ada. Semua yang kita miliki adalah pinjaman semata bagi kita gunakan untuk menuju ke alam yang lebih abadi, Allahuakhbar.

Sama tapi beza.
Akhir disember 2009, saya berpeluang untuk mengikuti lawatan ke Sabah bersama rakan-rakan sekolah. Ada yang pergi berpasangan dan ada yang membawa keluarga, saya pula secara solo. Suasana di LTA Bayan Lepas pagi itu sungguh ceria dan penuh excited terutama anak-anak kecil yang kebanyakannya baru pertama kali akan menaiki kapalterbang.

Sebaik saja masa untuk check in, suasana berubah menjadi panik, suram, sedih dan geram.Ketua rombongan menyatakan semua peserta diminta menunjukkan kad pengenalan masing-masing termasuk anak-anak kecil. Mereka diminta menyediakan kad mykid atau surat beranak. Tanpa dokumen tersebut, individu berkenaan tidak boleh check in dan ini bermaksud mereka tidak boleh naik pesawat. Dengan lain perkataan mereka terpaksa ditinggalkan bersama dengan ayah @ ibu masing-masing. Sudah ada anak-anak ini yang mula menangis, ayah lagi pening. Susana ceria tadi bertukar sedih. Ada keluarga yang mengambil keputusan untuk membatalkan saja penyertaan mereka walapun rugi, dan menganggapkan ini sebahagian ujian Allah yang sedikit. Kalau ada rezeki adalah peluang.

Dipendekkan cerita, hasil campurtangan pegawai tertinggi pihak berkuasa Penang dan Sabah ( masa sangat suntuk dan penuh suspen ), akhirnya anak-anak ini dibenarkan memasuki Sabah dengan syarat-syarat tertentu dan mengisi borang tertentu. Alhamdulilah.

Point yang hendak saya highlightkan adalah walaupun kita dalam satu negara Malaysia, masih ada lagi peraturan antara negeri yang berbeza dan menyusahkan rakyat, Wallahualam.