Berkongsi walaupun sedikit.               cikgujalil

Archive for August, 2009

Adakah kita sudah merdeka?

by jalilz on Aug.31, 2009, under Uncategorized

remaja merdeka

31 Ogos 2009, merupakan hari kemerdekaan Malaysia ke 52. Persoalannya adakah kita benar-benar sudah merdeka. Mari kita sama-sama menjawap persoalan berikut.
  1. Bagaimana dengan akidah kita, sudahkah ia benar-benar bebas dari fahaman-fahaman yang tidak berpegang kepada Allah yang satu. Masihkah kita takut kepada manusia lebih dari Allah, masihkah kita menyanjung manusia lebih dari Allah dan Rasulnya.
  2. Bagaimana dengan ibadah kita, masihkah kita berkira-kira dengan ibadah kita. Sudahkah kita melaksanakan segala suruhan Nya dan menjauhkan larangan Nya. Adakah kita masih terikat dengan kepentingan duniawi, masih tidak bebas dengan bisikan syaitan.
  3. Masihkah kita mempunyai pemikiran sekular, memisahkan antara agama dan kehidupan harian. Dalam perkara nikah kahwin, berkhatan, makanan dll kita berpegang kepada Islam (itu pun lebih kepada ritual adat saja), tapi dari aspek pergaulan, pakaian, muamalat, dll kita ikut barat. Masih tak bebas dari segi pemikiran.
  4. Masihkah kita mempunyai atau mengamalkan akhlak ikut-ikutan, meniru cara-cara penampilan, percakapan dll, kita masih tak bebas.
Sempena kemerdekaan ke 52, marilah kita membebaskan diri dan pemikiran kita dari terikat dengan pengaruh dan budaya bukan Islam.
3 Comments more...

Pelik tapi benar.

by jalilz on Aug.28, 2009, under Uncategorized

w_pmr__

Ramadhan datang lagi. Alhamdulilah, Allah memanjangkan lagi umur saya dan keluarga untuk bertemu kembali dengan Ramadhan. Berapai ramai manusia yang tidak berkesempatan untuk menemui Ramadhan tahun ini, termasuk Utz Aseri Rabanni. Semua orang tahu atau buat-buat tak tahu akan kelebihan yang Allah beri sepanjang bulan ini, penuh dengan kerahmatan dan pengampunan. Tapi masih ada manusia yang kurang yakin, kurang cerdik, kurang daya usaha untuk mengharungi cabaran Ramadhan ini dengan jayanya. Bak kata Utz Zawawi ( imam Masjid At Taqwa, Tmn Bertam Indah) Ramadhan ini adalah madrasah untuk melatih kita agar lebih bertakwa berbanding tahun lepas. Adakah kita mampu untuk skor 4.0 (flat) atau kurang, bila tamat latihan nanti. Prestasi 4.0 harus di dibawa dan ditonjolkan setelah masuk syawal dan seterusnya. Jika tiada perubahan, prestasi masih macam tahun lepas, bermakna kita tak dapat 4.0 pada latihan yang dilalui.
“Mat, hari ini puasa tak ?” tanya cikgu Siti kepada Mat. “ Ehhh, puasa cikgu, saya tak tinggal puasa satu hari pun cikgu” balas Mat dengan bangganya. “ Awak solat subuh tak pagi tadi? Aishhhh, Tak cikgu, bangun lambat ” balas Mat. Pelik tapi benar, bagaimana ramai orang sanggup menahan makan dan minum, ( kalau makan sekalipun, orang tak tahu ), tapi sayang tidak mengerjakan solat. Ini cerdik ke atau tak cerdik.
Masih ramai wanita yang sanggup berbogel ( tak menutup aurat ) tapi berpuasa, sibuk membeli juadah berbuka puasa. Saya kerap kali melihat selepas saja berbuka puasa, ramai remaja lelaki dan perempuan memenuhi cyber café sehingga ke subuh. Mana solat wajib mereka, apa tah lagi yang sunat-sunat. Tahniah kepada AJK Masjid At Taqwa, Tmn Bertam Indah, kerana kerap mengingatkan para pengujung  pasar Ramadhan dan peniaga( depan masjid) agar berhenti urusan jual beli dan bersolat asar di masjid. Saya mengharapkan artikel pendek ini dapat mengingatkan saya yang lemah ini, wallahualam.
Leave a Comment more...

“In the name of God, Most Gracious, Most Merciful”

by jalilz on Aug.16, 2009, under Uncategorized

RECSAM-Building

Hari ini saya berasa bertuah kerana diberi peluang untuk menghadiri ‘Penang International Action Research Seminar 2009’ di RECSAM P.Pinang. Banyaklah kajian-kajian di dalam bilik darjah yang dilakukan oleh guru-guru dipersembahkan kepada rakan-rakan guru lain. Fokus saya kali bukanlah terhadap kajian-kajian tersebut, tetapi lebih kepada pembentangnya. Mereka terdiri daripada guru-guru yang datang dari pelbagai latarbelakang. Dari DG32 sehinggalah DG52, dari pemegang Diploma sehinggalah PhD. Semuanya mempunyai kelebihan masing-masing dalam bidang masing-masing, dari tajuk-tajuk kajian yang ‘simple’ sehinggalah kepada tajuk yang berat dan ‘sophisticated’. Saya sebagai seorang guru ‘tabik’ (kagum) dengan kesungguhan mereka. Walaupun sibuk dengan tugasan harian, mereka masih mampu untuk mencari kelemahan masing-masing dalam P&P dan seterusnya mencari jalan penyelesaiannya yang kreatif dan inovatif. Yang paling menarik tentang seminar ini, ia dijalankan sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris, walaupun kesemua peserta adalah rakyat Malaysia. Semua bahan dalam BM diterjemahkan ke dalam BI. Paling menarik sekali, doa pembukaan juga telah dibaca dalam BI. Syabas kepada semua guru yang cukup berani untuk membuat public speaking dalam BI, walaupun terketar-ketar. Bagi saya bukan isu bahasa BM/BI yang penting, tapi kesungguhan guru-guru ini mencuba  untuk menyampai ide-ide dalam bahasa yang asing bagi mereka. Bagi ‘audience’ ada yang suka dan tak suka tentang ide ini. Saya tak salahkan pendapat mereka, masing-masing ada alasan tertentu. Kesimpulannya, guru kita mampu melakukan sesuatu yang baru, kreatif dan mencabar.
Leave a Comment more...

H1N1…bukan B1N1

by jalilz on Aug.10, 2009, under Uncategorized

 

swine-flu-virus_jps

Saya baru saja membuat screening suhu badan para pelajar, bersama dengan rakan-rakan guru lain. Macam doktor rasanya, tapi rasa takut ada juga. Pentadbir mengarahkan agar semua pelajar yang demam diasingkan dan dihantar ke hospital….ekoran wabak H1N1. Terdengar perbualan rakan-rakan dan pelajar….”sekolah MRSM dah tutup, Irshad dah tutup, Badawi semalam dah tutup ….dan banyak lagi sekolah-sekolah  sekitar Bandar Kepala Batas yang dah tutup.  Rugi lah kita, bila pula sekolah kita nak tutup”…. keluhan seorang rakan. Masyallah….ada yang mendoakan agar wabak ini menyerang sekolahnya, agar dapat bercuti percuma. Sehingga 10 ogos 2009, hanya SMK dan SK Paya Keladi yang tidak ditutup. Subhanallah, Allah yang maha penyayang dan pengampun….telah merestui doa kami agar virus tersebut  tidak menyerang SMKPK. Masih ada orang yang mentalitinya cetek…memikirkan keseronokan saja, tanpa menyedari wabak ini adalah hukuman Allah kepada mereka yang engkar kepada Nya. Masih ramai yang menggangap  wabak ini sebagai satu penyakit biasa, walhal ia sangat merbahaya yang boleh membawa maut dalam masa yang singkat. Segeralah kita bertaubat dan memohon keampunan Allah… fikir-fikirkan, wallahualam.
2 Comments more...

Looking for something?

Use the form below to search the site:

Still not finding what you're looking for? Drop a comment on a post or contact us so we can take care of it!