by jalilz on Nov.29, 2009, under Uncategorized

Allah akhbar, Allah akhbar, Allah akhbar,….permulaan khutbah solat aidil adha. Sekali lagi Allah memanjangkan usia saya serta keluarga untuk bersama-sama merayakan Aidil Adha di perantauan (kampung halaman jauh di selatan). Kali ini kami sekeluarga berkesempatan untuk menunaikan solat aidil adha disebuah masjid yang unik dan penuh nostalgia. Unik kerana separuh jemaahnya adalah ‘foreigner’ iaitu kebanyaknya students dari negara-negara arab, dan nostalgianya pula ia adalah tempat saya mendapat ijazah B Edu saya lama dulu. Masjid tersebut adalah masjid Al Malik Khalid, Universiti Sains Malaysia, Penang. Suasana pagi itu sungguh syahdu, mengingatkan saya ketika mengerjakan haji dan ziarah ke Mesir dulu. Sebaik saja selesai solat kami berkesempatan membeli beberapa makanan arab seperti kebab dan minuman dari arab.
Apa yang penting, walau dimana kita berada, dibumi Malaysia atau Arab , yang pasti setiap muslim itu akan tunduk dan sujud ke arah kiblat yang satu dan Tuhan yang satu….Allah swt. Setiap insan yang beriman sudah pasti mengambil kesempatan masa yang ada untuk sujud kepada Allah sebagai tanda ketakwaan dan memohon keredhaannya agar dimasukkan kedalam golongan yang beruntung dihari akhirat nanti.
Kepada anakanda dan kawan-kawan beliau yang berada di perantauan, timbalah sebanyak mungkin pengalaman dan ilmu, agar ia dapat menjadikan kita seorang yang lebih mengenali Tuhannya. Selamat hari raya aidil adha.
more...
by jalilz on Nov.26, 2009, under Uncategorized

Cuti akhir tahun sudah bermula, namun bagi sebahagian guru kerja mengajar masih diteruskan. Kelas tambahan diadakan samada untuk menghabiskan sukatan yang masih belum selesai, atau untuk memantapkan lagi kefahaman pelajar terhadap sesuatu topik yang sukar. Bagi kelas peperiksaan pada tahun akan datang seperti tingkatan 5 dan 3, ada guru yang menyediakan pelajar dengan lebih awal agar sukatan dapat dihabiskan dengan lebih awal. Ini akan membolehkan ulangkaji dapat dijalankan dengan lebih awal lagi.
Saya juga turut mengadakan kelas tambahan pada minggu pertama cuti. Kecewa dan geram, itulah perasaan saya ketika itu. Tidak seorang pun pelajar lelaki yang hadir, hanya pelajar perempuan yang setia bersama saya. Begitulah keadaanya sepanjang minggu. Timbul dibenak saya mengapa ini berlaku. Adakah kerana pelajar tersebut sudah cemerlang dan tidak perlu kelas tambahan, jauh…sekali. Adakah kerana mereka sibuk membantu keluarga mencari sesuap nasi…lagi jauh, tidak mungkin. Dengan takdir Allah, saya terserempak kumpulan pelajar lelaki ini sedang sibuk bersembang disebuah kedai makan.
Bagi saya, mereka tidak langsung menghargai pengorbanan yang guru lakukan terhadap mereka. Lebih malang lagi, mereka tidak langsung rasa bersalah dan malu terhadap guru dan rakan-rakan mereka. Tidak hairan jika populasi pelajar perempuan lebih ramai di IPT berbanding pelajar lelaki.
Walaubagaimana bukan semua sekolah begitu, SMKA Al ‘Irshad mengadakan kelas tambahan pada hari sabtu dan ahad, kehadiran tetap baik, tidak kira pelajar lelaki atau perempuan. Pokoknya adalah kesedaran dan mentaliti pelajar itu sendiri. Kalau mentaliti masih pada takok lama, lebih mementingkan keseronokan, sampai bila pun tidak akan maju dan berjaya. Bagaimana remaja Islam ini mampu mempertahankan agama Islam, jika menghadiri kelas tambahan pun sudah kalah….daya tahan dan jati diri sudah tiada ……wallahualam.
more...