Archive for February, 2010
Cerita lama juga….rokok.
by jalilz on Feb.22, 2010, under Uncategorized
Hari ni perhimpunan pagi dikejutkan dengan leteran yang puistis dari Sir Zahanis . Jarang sekali Sir Z bersikap sedemikian, ( beliau terkenal dengan sikap yang ramah dan selalu senyum). Mungkin sejak memegang jawatan Ketua guru disiplin ni, apa yang terbuku dihati terpaksa diluahkan jua, demi kebaikan pelajar dan dirinya sendiri. Pelajar-pelajar masih tidak serik-serik dengan apa yang telah berlaku pada kawan-kawan yang sudah menerima hukuman kerana merokok. Adakah mereka jahil, keras kepala atau dah ketagih sehinggakan tidak boleh ditahan-tahan lagi. Saban kali kesemua warga smkpk telah diperingatkan tentang bahaya rokok dan hukum merokok dalam Islam, tapi masih tidak berkesan.
Bagi saya, perbuatan yang TAK CERDIK ini berlaku kerana mereka mempunyai mentaliti yang tidak cerdik juga….dengan lain perkatan = jahil. Adakah dengan merokok dapat:
-
Menaikkan mertabat seseorang daripada seorang yang lekeh kepada lebih macho.
-
Menjadikan seseorang yang kurang berjaya kepada yang lebih berwawasan.
-
Menjadikan seseorang yang hodoh kepada yang lebih kacak.
-
Menjadikan seseorang yang lembik kepada yang lebih kuat….
-
Dan lain-lain andaian.
Tidak perlu saya bercoloteh panjang tentang keburukan rokok, semua orang tahu. Yang penting, pelajar-pelajar yang tidak lagi merokok ( yang cerdik ) bantulah rakan-rakan yang masih tidak sedar itu dengan menasihati mereka atau lebih baik lagi ‘inform’ Sir Z atau Insp Azizan. Sesungguhnya menjadi kewajipan semua muslim mengamalkan amalan ‘amar makruf nahi mungkar’ . Wallahualam.
Tersilapkah saya hari ini.
by jalilz on Feb.18, 2010, under Uncategorized

