Berkongsi walaupun sedikit.               cikgujalil

Archive for June, 2010

Salam digital

by jalilz on Jun.25, 2010, under Uncategorized

Podtech_Barrett_Malaysia_visit

 

“Ayah nak bersembang dengan mira tak, melalui internet ?” ( mira adalah cucu ayahanda ).

Saya masih ingat sewaktu bersekolah dulu ( di sebuah SBP ) dan kemudian di IPTA, setiap hujung bulan saya akan berutus surat kepada ayahanda dan bonda. Tujuannya adalah untuk bertanya khabar dan memohon sedikit wang saku. Selepas itu fasa menunggu balasan surat itu amat melemahkan. Setelah 2 minggu barulah surat dari ayah itu diterima. Ketika itu ( tahun 70an ) infrastruktur komunikasi sangatlah rendah. Itu adalah situasi dalam negara, bagaimana pula keadaannya jika kita berutus surat keluar negara. Sudah pasti masa yang diambil adalah berbulan.

Kini keadaannya sudah banyak berubah. Kemajuan ICT membolehkan komunikasi berlaku dengan lebih mudah, cepat dan murah. Selain daripada teks, suara dan video boleh dihantar dan diterima dengan mudah.

Pada cuti sekolah yang lepas, saya berkesempatan untuk balik ke kampung menziarahi kedua ibu bapa dan mertua. Saya telah memperkenalkan kepada mereka kecanggihan ICT dan internet, nyata sekali mereka begitu kagum dan sungguh berminat. Mereka berpeluang untuk bersembang panjang dan melihat sendiri wajah cucu mereka ( video conference ) yang sedang menuntut di luar negara. Apa komen mereka, puas dan terlerai sudah rindu terhadap cucu mereka yang sudah bertahun-tahun tidak bertemu. Selepas ini bolehlah mereka bersembang dengan anak-anak, kawan-kawan lama untuk mengisi kesunyian yang ada.

Skype , YM, Facebook, Flickr adalah beberapa gajet yang sangat sinonim dengan generasi baru, tapi sesuatu yang asing bagi yang sudah berumur. Maka adalah wajar sekali, jika generasi tua ini didedahkan dengan ICT bagi tujuan komunikasi. Sekiranya mereka mampu pergi lebih jauh lagi, apa salahnya kita ajarkan bagaimana untuk melayari internet, sudah tentu banyak lagi perkara yang boleh diterokai. Jadi, apakata kita hadiahkan mereka set PC berinternet pada Hari bapa atau hari ibu, Wallahualam.

2 Comments more...

Looking for something?

Use the form below to search the site:

Still not finding what you're looking for? Drop a comment on a post or contact us so we can take care of it!