by jalilz on Jan.09, 2010, under Uncategorized

Waktu menunjukkan 6.00 pagi, kedinginan di Kundasang Sabah mengigit tubuh yang kesejukkan. Rakan-rakan saya yang lain samaada masih tidur atau menonton tv di bilik masing-masing. Saya tidak akan melepaskan peluang untuk menyaksikan dengan mata sendiri suasana matahari terbit dan seterusnya menyinari puncak gunung Kinabalu. Lama menunggu, akhirnya pada jam 6.30 pagi saat yang ditunggu itu pun tiba. Kabus tebal yang melitupi puncak sudah beransur berkurangan ditiup angin pergunungan. Subhanallah, indahnya pandangan ketika itu, saya bersyukur ke hadrat ilahi, kerana memberi kesempatan kepada saya untuk melihat sendiri satu kejadian dan ciptaan Allah yang maha besar.
Firman Allah:
Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.( al Hasyr – 21)
Bukankah Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan, dan gunung-gunung sebagai pasak? (An Naba’, 6-7)
Dalam keadaan tersebut, saya merasakan begitu kerdil dan lemahnya kita berbanding kejadian dan penciptaan Allah. Jadi, mengapakah kita sanggup mendabik dada dan sombong dengan sedikit harta dan pangkat yang kita ada. Semua yang kita miliki adalah pinjaman semata bagi kita gunakan untuk menuju ke alam yang lebih abadi, Allahuakhbar.
January 23rd, 2010 on 4:17 pm
heheh, sinai pun best juga…dah ke sinai, bila nk pi sabah ni??