by jalilz on Feb.18, 2010, under Uncategorized

Pada cuti Tahun Baru Cina yang lepas, saya berkesempatan untuk balik ke kampung untuk menziarahi kedua orang tua saya. Perjalanan yang lama dari Kepala Batas ke Port Dickson saya harungi jua, demi mencapai hasrat yang satu. Setibanya di PD, anak-anak saya meminta untuk ke pantai dengan alasan untuk menjamu selera. Kami pun bergerak ke arah warung-warung makanan yang banyak itu, dicelah orang ramai yang sedang menikmati keindahan pantai.
Pelik tapi benar, saya bertanyakan kepada isteri saya adakah saya tersilap hari ini. Hajat hendak ke pantai PD tapi sampai ke pantai Thailand. Anak-anak kehairanan dengan bicara saya tadi. Dalam ribuan pengunjung ke pantai PD itu, sudah tentu kebanyakannya adalah orang Melayu beragama Islam, kerana orang Cina sedang beraya di rumah. Hampir 50 % ( anggaran kasar je ) pemuda dan gadis Melayu ini berseluar pendek. Tiada segan silu lagi akan pakaian yang dikenakan, bahkan berbangga lagi dengan corak dan fesyen seluar yang dipakai. Adakah mereka ini sudah lupa akan asal usul mereka, adakah mereka tidak tahu akan hukum haram mendedah aurat, atau ingin menunjukkan keangkuhan dan kesombongan mereka terhadap hukum Allah. Terdapat juga keluarga yang ibu bapa mereka berpakaian menutup aurat, siap bertudung dan berkopiah lagiii, tapi anak dara mereka berseluar pendek dan berambut blonde. Sedih sungguh keadaan umat diakhir zaman ini.
Kami meneruskan pencarian warung makanan yang sesuai, “Masuk kak, abang. Macam-macam ada” teriak seorang pemilik warung. Setelah kami duduk, seorang makcik ( 40an ) datang untuk mengambil pesanan. Alangkah terperanjatnya kami, makcik ini pun berseluar pendek hawaian. Saya mengelengkan kepala, lalu berkata kepada isteri saya” memang kita tersilap pilih tempat hari ini”. Dalam hati saya berkata, adakah mereka ini benar-benar jahil atau arrogant, atau menggapkan Islam itu sebagai sebahagian dari budaya, bila perlu Ia dikuti, bila tak perlu tinggalkan aje. Tapi yang pasti mereka kekurangan ilmu yang hakiki, perlu disedarkan dan dibimbing oleh…..anda jawab sendiri.
February 23rd, 2010 on 4:13 am
Ye Ka??? Mak n tOk kami tak Kisah poN.. So, KuBor sendiri.. Jaga Sendiri laaaa… Maaf cikGu, bahasa saYa kuranG baik sikiT….ApaPon… BloG ni Mmg bguiH untuk Melepaskan perasAAn..yAng KosonG.
March 18th, 2010 on 3:29 am
saya x mau tgk yg jauh2 cuma ambil yg terjadi dekat dgn kita iaitu di R&R Butterworth..sampai skrg sya dh ‘meluat’ nk p sana bawa ank2 dgn org tua sbb kt situ perangai org yg ‘couple’ nie teruk sgt..dri segi pakaian dan kelakuan wat malu kt org tua2 sja..minta sgt2 JAIPP slalu trun pdg..pastu keluarkan kad kuasa kpada org awam yg berkelayakn bg memantau masalah nie..
July 22nd, 2010 on 5:36 am
kaiNkaPan
February 23rd, 2010 on 4:13 am
Ye Ka??? Mak n tOk kami tak Kisah poN.. So, KuBor sendiri.. Jaga Sendiri laaaa… Maaf cikGu, bahasa saYa kuranG baik sikiT….ApaPon… BloG ni Mmg bguiH untuk Melepaskan perasAAn..yAng KosonG.
sedihnya bila lihat jawapan ni…
walaupun kubur sendiri …INGAT Allah datangkan bala nk bagi umat nye
insaf bukan kat mak n tok kami je…
adakalanya satu kg terlibat…tengok contoh macam tsunami
tula kalu mak n tok xkisah…
yg terdekat kena bgtau..bukan apa
kot2 dh lupa dunia ni bukan kita punya..
SubhanaAllah hope adala kesedaran lps ni..
Ataupun rajin2 la tengok HALAQAH mmg tersentuh hati..
org terdekat kena tegur