by jalilz on Mar.21, 2010, under Uncategorized

Alhamdulilah, syukur ke hadrat Allah, kami sekeluarga berkesempatan untuk melihat bumi Allah ‘negeri Sarawak’. Sebuah negeri yang unik dari segi kepelbagaian etnik suku kaumnya, budaya, cara hidup dan makanannya. Melayu Islam merupakan kumpulan populasi yang minoriti di sana, manakala bangsa Cina dan Dayak ( beragama Kristian ) adalah kumpulan majoriti.
Bagi saya yang pertama kali ke sana, mencari tempat makan yang halal dan toiyibah adalah satu masalah (kecuali ada guide yang nak tunjukkan tempat). Mereka yang ‘very particular’ tentang makanan halal ini dinasihatkan membawa mee segera atau makan biskut aje ( nak cari roti Gardenia pun tak ada). Bila kita kesesuatu restoren kita akan memerhatikan persekitarannya dan tokehnya, elok bertudung dan rupa Melayu Islam. Setelah memesan makanan, pekerja yang menghantar makanan berlainan pula rupanya. Ada lelaki yang berantai emas, bertindik, bertatoo, pekerja perempuan pula tidak bertudung, berseluar pendek dan kadang kala berpakaian seksi…pening. Kenapa ini boleh terjadi? Kebanyakan bangsa Dayak ( iban, bidayuh, orang ulu, dll ) adalah beragama Kristian atau agama asal mereka. Sekitar bandaraya Kuching, saya perhatikan lebih banyak gereja bersaiz besar berbanding bilangan masjid dan saiz yang kecil.
Salah satu menu yang popular di sini adalah ‘Nasi Ayam Penyet’ ( seperti dalam gambar ). Nasi putih yang dihidang bersama ayam goreng berempah, ulam-ulaman dan sambal. Memang sedap, lebih-lebih lagi ketika perut kosong dan harganya sekitar RM6.50 – RM8.00 satu set. Cara masakan dan hidangannya berubah-ubah mengikut versi masing-masing.
Saya menasihati kengkawan yang nak ke Sarawak, bila nak mencari tempat makan yang halal lagi suci, bertanyalah kepada yang lebih arif dan kita yakin akan pemahamannya tentang konsep halalan toyibah mengikut syariat Islam. Janganlah kita pakai hentam saja, asalkan ia milik orang Melayu Islam kita pun terus telan saja apa yang dihidang. Wallahualam.
March 21st, 2010 on 3:58 pm
sedapnya nampak.. dekat sini ada satu restoran indonesia yang menunya lebih kurang macam tu lah.. sedap!