Berkongsi walaupun sedikit.               cikgujalil

Happy birthday to you

by jalilz on Apr.12, 2010, under Uncategorized

 OIFTAR_P1_jpg_full_380

“Happy birthday to you”, begitulah ucapan yang diterima melalui facebook dari rakan-rakan FB yang menyedari saya sudah melangkah ke usia 50 tahun. Syarikat Celcom juga menghantar mesej yang sama dengan menghadiahkan 50 sms percuma. Ada rakan yang bertanya, bila nak buat sambutan hari jadi?. Saya mula terfikir, perlukah kita membuat sambutan tersebut, sedangkan usia yang semakin meningkat seharusnya mengingatkan kita akan kematian. Setahun umur bertambah, semakin jauh kita dari tarikh kelahiran dan pada masa yang sama semakin dekat dengan tarikh kematian.

Ada masyarakat Melayu Islam kita menganjurkan majlis sambutan seperti yang dilakukan oleh orang barat, tiup lilin, menyanyi, potong kek dan pergaulan bebas lelaki perempuan. Adakah itu cara yang betul, atau kita terikut-ikut dengan budaya bukan Islam.

Menurut  tokoh dan sarjana Islam, Prof. Dr. Yusof al-Qardawi, menganggap bahawa menyambut hari lahir adalah suatu yang kurang tepat kerana kenapa harus disambut usia yang kian meningkat tua. Sambutan yang dibenarkan oleh Islam adalah, dengan mengadakan majlis kesyukuran, dengan mengajak orang makan dan lain-lain amalan kebajikan yang lain, dan tiada aktiviti-aktiviti maksiat dalamnya.

Ada yang bersusah payah semata-mata nak mengadakan majlis tersebut, panggil anak-anak jiran meraikan bersama. Walaupun hanya menjamu makanan, tapi unsur-unsur budaya barat telah mula ditanam disanubari anak-anak kecil itu sejak dari kecil lagi. Tidak hairanlah kalau anak-anak ini besar nanti ( khasnya waktu remaja ) akan menyertai majlis sambutan harijadi ini, malah akan bermasam muka jka ibubapa mereka tidak mengadakan sambutan tersebut untuk mereka.

Pernah satu hari, anak saya di tadika menyatakan sambutan harijadi akan di adakan di sekolahnya yang ditaja oleh seorang waris. Hati saya ragu, sambutan yang bagaimana akan dijalankan. Alhamdulilah, sambutan diadakan dengan bacaan doa, bernasyid memuji Allah dan jamuan makan ringkas. Wallahualam.


3 Comments for this entry

  • puteri

    benar. tiada salahnya menyambut hari jadi, cuma caranya harus tepat. Rasulullah berpuasa sunat hari isnin kerana meraikan hari lahir baginda…islam agama yang meraikan, meraikan segalanya secara fitrah! (cara yang diredhai Allah) Islam itu mudah tetapi jangan memudah-mudahkan..

  • Noliah Saidin

    Saya rasa orang Islam patut ubah ucapan tersebut menjadi “Selamat bersiap sedia @ mengingati hari mati”.Mungkin agak kasar bunyinya tapi itulah hakikat kehidupan yang mana pasangannya adalah kematian.Sekiranya kebanyakan
    manusia itu lebih banyak mengingati kematian maka banyak masalah dapat diselesaikan dengan mudah. Adakah cikgu setuju?

  • nsa

    salam..
    tak salah nk sambut…tapi biarlah ikut sunnah..
    bukannya mengagungkan cara barat…
    kadang2 yg susah bila kita tgk org buat kita ikut..
    tp tak tahu apa maksudnya..
    org tiup lilin..kita tiup..
    kalu tahu rahsia disebalik tiup lilin tu mgkin xda org yang akan buat…
    sebab tu la ilmu sentiasa kena belajar..
    pendidikan sepanjang hayat

Leave a Reply

Looking for something?

Use the form below to search the site:

Still not finding what you're looking for? Drop a comment on a post or contact us so we can take care of it!