by jalilz on Jan.03, 2010, under Uncategorized

Akhir disember 2009, saya berpeluang untuk mengikuti lawatan ke Sabah bersama rakan-rakan sekolah. Ada yang pergi berpasangan dan ada yang membawa keluarga, saya pula secara solo. Suasana di LTA Bayan Lepas pagi itu sungguh ceria dan penuh excited terutama anak-anak kecil yang kebanyakannya baru pertama kali akan menaiki kapalterbang.
Sebaik saja masa untuk check in, suasana berubah menjadi panik, suram, sedih dan geram.Ketua rombongan menyatakan semua peserta diminta menunjukkan kad pengenalan masing-masing termasuk anak-anak kecil. Mereka diminta menyediakan kad mykid atau surat beranak. Tanpa dokumen tersebut, individu berkenaan tidak boleh check in dan ini bermaksud mereka tidak boleh naik pesawat. Dengan lain perkataan mereka terpaksa ditinggalkan bersama dengan ayah @ ibu masing-masing. Sudah ada anak-anak ini yang mula menangis, ayah lagi pening. Susana ceria tadi bertukar sedih. Ada keluarga yang mengambil keputusan untuk membatalkan saja penyertaan mereka walapun rugi, dan menganggapkan ini sebahagian ujian Allah yang sedikit. Kalau ada rezeki adalah peluang.
Dipendekkan cerita, hasil campurtangan pegawai tertinggi pihak berkuasa Penang dan Sabah ( masa sangat suntuk dan penuh suspen ), akhirnya anak-anak ini dibenarkan memasuki Sabah dengan syarat-syarat tertentu dan mengisi borang tertentu. Alhamdulilah.
Point yang hendak saya highlightkan adalah walaupun kita dalam satu negara Malaysia, masih ada lagi peraturan antara negeri yang berbeza dan menyusahkan rakyat, Wallahualam.
January 16th, 2010 on 8:26 am
Salam,
Tergerak hati utk berkongsi kesedihan mengenai ‘check in’ bg anak2 yg sekiranya tidak dapat mengikut ibubapa mereka.(Sbb saya pun mempunyai anak).
Bayangkan anak2 yg tidak sabar2 utk menaiki pesawat tiba2 terpaksa ditinggalkan. Aduh! betapa sedihnya saat itu kerana keadaan telah mengecewakan insan yg tidak mengerti apa2 pun mengenai peraturan yg dicipta sendiri oleh pihak tertentu.
Jadi bg cikgu2 yg membuat keputusan utk tidak meneruskan perjalanan adalah satu langkah yg bijak. Alhamdulillah dengan kuasa yg terletak di tangan pengguna, perjalanan cikgu2 dan keluarga semua dapat diteruskan.
Syabas kpd mereka yg berjuang bg merealisasikan lawatan ini.
Terima Kasih..
Azizan,
{Bekas Pelajar SMPK (1994-1996/1K1-3K1)}
Salam rindu kpd Cikgu Nadiratul,Hamdalah,Mariyam, Zailan,Suriati,Nazri & Cikgu Zainuddin. Jasa dan keringat anda tidak dapat dilupakan.
January 23rd, 2010 on 4:21 pm
anak ni dah kena tinggal..heheh