Cikgu Jalil: berkongsi walaupun sedikit

Temuduga
Lama sungguh saya tidak menulis di blog ini, sibuk dan malas. Namun hari ini terpanggil semula untuk menulis bila Haziq ( anak – 6 tahun )pergi menghadiri ujian bertulis dan temuduga untuk melanjutkan pelajarannya. Mungkin ramai yang tidak tahu atau perasan, pada usia sedemikian muda beliau terpaksa melalui satu proses yang jarang berlaku dahulu tapi kini sudah berlaku. Kita selalu mendengar pelajar lepasan SPM atau graduan menjalani temuduga untuk masuk U atau mencari kerja. Tapi kini kanak-kanak diuji secara bertulis dan ditemuduga semata-mata untuk memasuki tahun satu di sekolah rendah al Islah ( sebuah sekolah rendah persendirian yang menggunakan sukatan agama dan akademik).

Pagi itu jam 8.30 pagi, sudah ramai waris datang dengan anak masing-masing. Macam-macam karenah diperhatikan, ada yang ceria, excited dan juga menangis kerana takut. Haziq seperti biasa …cool aje. Sambil anak-anak diuji, waris juga ditemuduga.Antara soalan yang ditanya adalah, mengapa sekolah ini dipilih dan bagaimana komitmen waris kepada perkara yang sangat penting iaitu yuran persekolahan ( mencecah ratusan ringgit sebulan).

Haziq dan saya terpaksa melalui semua proses ini kerana bilangan waris yang hendak mendaftarkan anak di sekolah ini semakin meningkat, tetapi bilangan tempat yang ada cuma 4 kelas aje. Satu trend yang sihat yang dapat diperhatikan adalah semakin ramai waris yang muda sudah menyedari akan kepentingan pendidikan agama sejak awal kanak-kanak lagi.Walaupun terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang lebih dan jarak sekolah yang jauh dari rumah, ini tidak mematahkan semangat para waris untuk menghantar anak masing-masing ke sekolah ini demi kejayaan dunia dan akhirat. Dibandar-bandar besar seperti Shah Alam, Johor Bahru, Alor Star dan lain-lain, sekolah seperti ini dah menjadi satu kebiasaan terutamanya kepada golongan akademik dan profesional.

Masih terdapat segolongan manusia Melayu Islam di Malaysia yang memandang sinis akan kewujudan sekolah ini. “Bolehkan pelajar-pelajar ini menjadi seorang profesional” tanya mereka. Saya sendiri telah melihat banyak bekas pelajar sekolah ini yang berjaya memegang jawatan profesional dan sekarang ramai lagi yang sedang belajar di IPT. Kalau kita sendiri tidak yakin dengan cara hidup Islam , bagaimana mungkin non muslim akan tertarik kepada Islam.

Pergi tak kembali lagi.
Tarikh 9 April 2011 ( Sabtu, jam 2.10 ptg, Hospital Besar Seremban ) …tarikh yang tidak mungkin saya lupakan sehingga akhir hayat. Pada saat itulah ayah yang ku kasihi

selamat menemui Penciptanya. Sungguh memilukan perasaan saya dan semua yang ada sekelilingnya. Beliau pergi selamanya dan tidak kembali lagi. Linangan air mata

tidak tertahan lagi, suasana pilu menyelubungi wad 7B itu. Selepas 5 orang

doktor dan jururawat cuba menyelamatnya melalui CPR, namun kuasa Allah

mengatasi segalanya. Ibu, adik-adik, saudara mara  dan sahabat handai yang hadir kaget dengan keadaan yang sedang berlaku. Ayah disahkan meninggal dunia kerana Pneumonia (jangkitan peparu yang kronik) ‘Pneumonia is a lung infection that can make you very sick and even death’.

“Bila sampai,anak-anak semua ikut ke…” ayah berkata kepada saya pada jam 6.00 petang semalam. Masih boleh bercakap dan kenal orang sekeliling walaupun keadaanya semakin lemah, setelah 3 hari dimasukkan  hospital. Sebelum ini pun ayah telah kerap kali dirawat di hospital kerana penyakit semputnya dan batuk yang berterusan. “ Ayah …saya minta ampun di atas segala kesalahan saya..” dia cuma mampu mengangguk saja. “ ayah mengucap ayah….ayah ingat Allah…”.aku cuba berbisik kepadanya, tanpa ku sedari air mata ku mengalir basah.

“ Abang datang cepat ke hospital…ayah nampak lain macam aje, semakin tenat…” adik saya Ina menelefon pada pagi sabtu itu. Dos antibiotik ditingkatkan lagi, drug untuk

mengawal jantungnya pun ditingkatkan lagi…. heart beat dan pulse rate

semakin menurun. “ Saya terpaksa memberitahu encik yang ayah tuan semakin tenat

dan bersedia untuk sebarang kemungkinan” kata doktor bertugas. Saya cuma mampu berdoa dan berserah segalanya kepada Allah.

Kini semuanya cuma tinggal kenangan. Segala memori lama berputar kembali, bagaikan video di You Tube, tanpa perlu mempunyai komputer. Cerita lama sejak dari kecil sehingga umur yang sudah berusia ini datang tanpa dipanggil. Begitu hebat pengorbanan mu untuk membesar dan mendidik kami. Teguran tidak pernah lekang dari mulut mu samada kepada anak-anak mahu pun cucu yang ramai itu. Terima kasih ayah kerana kasih sayang mu yang sejati. Al fatiha untuk arwah ayah…

Kepada semua saudara mara, sahabat handai ayah dari jauh dan dekat serta orang

kampung…terima kasih banyak kerana sudi datang untuk solat jenazah dan menguruskan pengebumiannya, hanya Allah saja yang dapat membalasnya.

Berikut adalah petikan puisi yang ditulis oleh cucu sulongnya Amirah yang tidak dapat hadir kerana berada jauh diperantauan ( amirah terima kasih dan banyak-banyak

bersabar )

Legasi….

Sungguh aku nampak dia duduk bersila di situ

Mengajarkan alif ba ta

Sambil membetulkan letak duduk kaca mata

Bersandar lega

Sungguh aku nampak dia duduk di atas sofa itu

Menanyakan hafazanku bagaimana

Sambil mengukir senyuman ceria

Aku dipaut rindu

Sungguh aku nampak dia berteleku di situ

Meratib tasbih bermunajat pada Cinta

Sambil bumi berpusing mencari mentari

Menyubur iman di hati

Sungguh aku nampak dia bersarapan di situ

Mencicipi Horlicks sedikit-sedikit

Sambil menyatakan keinginan melihat aku bergelar doktor

Membakar api juang

Sungguh dia benar telah pergi

Melangkah ke dunia abadi

Sambil aku di sini menggagahkan diri

Bersipongang suaranya bertanyakan hafazan

Walau aku tahu tak mungkin ada lagi

Tak mungkin aku menulis lagi

Telah kabur mata, telah basah meja

Biar aku menjadi legasinya

Oleh ; Puteri Amirah Jalil

Berpindah
Assalamuailaikum, saya terpaksa berpindah ke site baru kerana site lama telah dispam bertalu-talu.Terima kasih.